Followers

Sunday 19 February 2012

Lihatlah tudung wanita akhir zaman..Sedarlah



Inilah fesyen bertudung zaman sekarang yang anda banggakan/orang sekeliling anda banggakan!!!Moga selepas anda membacanya,bakal mengukuhkan jiwa anda supaya bertudung seperti Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w perkatakan BUKANNYA semata-mata berfokuskan kepada fesyen dan ingin menunjukkan bentuk tubuh anda kepada KHALAYAK RAMAI... Kepada sesiapa yang masih ingkar perintah ALLAH S.W.T dan tidak mengenakan pakaian yang menutup aurat dan bentuk tubuh anda 100%,mulakanlah langkah pertama anda KERANA sesungguhnya manusia pada hari ini lebih teruk berbanding apa yang berlaku pada zaman Jahiliyah dahulu... Mengapa saya BERANI MENGATAKAN SEDEMIKIAN

(contoh ringkas:wanita di zaman Jahiliyah dulu,perempuan sudah tiada maruah dan menayangkan bentuk badan kepada semua LELAKI SEMATA-MATA INGIN MENARIK PERHATIAN... .Benarkan,zaman Jahiliyah kembali mengungkap sejarah pada zaman KITA KETIKA INI zaman Jahiliyah dulu anak perempuan akan ditanam hidup-hidup,TETAPI KINI tak kisah anak perempuan atau anak lelaki dibuang bertempiaran... ... )

Isu yang saya hendak fokuskan bukannya kepada wanita yang tidak menutup auratnya(tidak memakai tudung) kerana isu tersebut kita sudah pun tahu apakah hukuman di akhirat kelak kepada manusia yang tidak menutup aurat apatah lagi sengaja mendedahkan aurat TETAPI isu yang saya hendak kaitkan disini ialah ISU PEMAKAIAN Tudung Rahib Kristian=Tudung Di Akhir Zaman=Tudung Wanita Moden.

Sejarah pemakaian tudung ini sebenarnya bermula berkurun lamanya. Pada zaman Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung yang biasanya dipakai oleh rahib wanita mereka.Cuba anda perhatikan pemakaian rahib wanita? Mereka memakai tudung tetapi tidak menutup dada, tetapi tudungnya labuh ke belakang. Oleh itu apabila kedatangan Islam,setiap wanita diperintahkan Allah S.W.T untuk melabuhkan tudung kepala mereka menutupi bahagian dada. Melalui cara ini ia dapat dibezakan antara rahib wanita dan juga Wanita Islam yang terlalu istimewa pemakaian tudung. Menurut hadis yang diriwayatkan Bukhari, Aisyah radiallahuanha menceritakan kisah ketika Surah An Nur ayat 31 diturunkan di Madinah wanita mukmin Ansar dan Muhajirin terus melaksanakan perintah ini serta-merta tanpa banyak soal dengan mencari apa sahaja kain di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan. Tanpa mempertikai apa-apa.

Saintis Membuktikan Nabi Musa Membelah Laut


Di antara peristiwa yang berlaku pada 10 Muharram ialah selamatnya Nabi Musa dan Bani Israel dari Firaun dan tenggelamnya Firaun dan bala tenteranya dalam Laut Merah.Ayat 50 surah al-Baqarah menceritakan hal ini dan hadis Nabi menerangkannya. 

Saintis Barat mengemukakan teori angin bertiup yang membelah Laut Merah untuk Nabi Musa (lihat youtube). Mereka mengkaji tetapi mereka tidak beriman sepenuhnya dengan ajaran Musa itu sendiri. Di antara ajarannya ialah apabila tiba Nabi akhir zaman-Ahmad/Muhammad, maka berimanlah dengannya tetapi itu tidak berlaku. Saintis Barat hanya menjadi seperti Yahudi yang berpuasa pada 10 Muharram meraikan Nabi Musa tetapi menolak ajaran Taurat lain. A

Apa beza dengan umat Islam yang berpuasa sunat pada hari Asyura atau membuat bubur asyura malah mempertandingkannya seperti di Kemaman tetapi menolak ajaran al-Quran selain puasa?

Imam Muslim meriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Nabi SAW tiba di Madinah. Baginda mendapati Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram). Baginda bertanya; ‘Hari apa yang kamu puasa ini?’ 

Jawab Yahudi: ‘Hari ini hari mulia. Allah menyelamatkan padanya Musa dan kaumnya, serta menenggelamkan Firaun dan kaumnya. Lalu Musa berpuasa pada hari Aasyura sebagai tanda syukur. Lalu kami berpuasa padanya.’ Sabda Nabi SAW : ‘Kami lebih berhak dan utama dengan Musa daripada kamu.’ Nabi berpuasa dan memerintahkan para Sahabat berpuasa juga. At-Tirmizi berkata: 

Diriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Baginda bersabda: ‘Puasalah hari ke 9 dan 10, serta jangan sama dengan Yahudi’. Hadis ini menjadi hujjah bagi Imam Shafie, Ahmad bin Hanbal dan Ishak. (Tafsir al-Munir j1 ms 163)

Hadis tentang Yahudi di atas ada perbahasannya seperti yang disebut oleh Imam Nawawi dalam syarah hadisnya. Yang penting ialah berpuasa sunat atau membuat bubur asyura dalam keadaan sedar dengan apa yang dibuat dan menghayati Islam secara syumul, bukan hanya buburnya. Demikian juga mukjizat Nabi Musa as yang mendahului bukti saintifik. Kita membenarkan mukjizatnya walaupun tiada bukti saintifik.



LAKARAN artis menunjukkan angin kuat dari timur telah menyebabkan air lagun (kiri) dan sungai (kanan) ‘berpusing’ dan membentuk dinding air dekat Laut Merah.BOULDER, Amerika Syarikat (AS) – Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam.

Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.


Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.


Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.


Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.


Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.


Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.


Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.


Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. – Agensi

CELAKA Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyatakan "lega" pada kematian anak-anak Palestin dalam kemalangan bus sekolah


Kematian ngeri yang menimpa sekurang-kurangnya lapan anak-anak Palestin dan guru mereka disambut oleh komentar kebencian pada laman Faecook rasmi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang menyatakan "lega" bahawa "hanya orang Palestin" yang tewas dalam kemalangan bus sekolah di dekat Al-Quds (Jerusalem ).

"Kematian bagi orang Arab, mengapa kita (perlu) membantu mereka?"komentar yang diposting pada laman Facebook Netanyahu, Walla (laman berita Israel) dan Polis Israel, Haaretz melaporkan pada hari Jumaat, 17 Februari.Komentar lain menyatakan kepuasan bahawa "orang-orang Palestin sahaja" yang menjadi korban.


Sekurang-kurangnya lapan anak-anak Palestin dan seorang guru mereka tewas Khamis, 16 Februari, ketika sebuah lori tergelincir di jalan basah di Tebing Barat dan bertembung dengan sebuah bas sekolah.


"Ada sekitar lapan hingga 10 kanak-kanak Palestin meninggal dan lebih dari 30 cedera," jurucakap polis Israel Luba Samri kepada Agence France Presse (AFP) pada Jumaat.


Pejabat perubatan di rumah sakit utama di bandar Ramallah, Tebing Barat mengatakan seorang guru menjadi salah korban yang meninggal dan banyak anak-anak usia TK - antara empat dan enam tahun yang menjadi korban. Puluhan lainnya berada dalam keadaan kritikal.


Komentar lain termasuk "Bolehkah kita menghantar lori yang lain?" dan "Aku akan menghantar dua Trailer untuk menghapuskan semua rasa seram" setelah kemalangan berlaku.


Walaupun Netanyahu menyatakan kesedihan atas kemalangan dalam komentar rasminya, para pembantunya tidak menghapuskan komen rasis dari laman Facebook atau malah mencela mereka.


"Tenang, itu anak-anak Palestin," tulis seseorang di laman Facebook Walla itu. Lainnya menulis "pengganas Besar Berkurang" dan "Semoga ada bas tersebut setiap hari."


Komentar serupa yang diposting di laman Facebook polis, termasuk "Ketika mereka dewasa, mereka akan menjadi pengganas .... Allah menggigit mereka sejak awal."


Pembantu Netanyahu enggan memberikan komen. Editor laman Walla Gadi Lahav mengatakan "kami memantau laman setiap beberapa minit dan menghapuskan komen yang tidak layak seperti ini."


Presiden Palestin Mahmud Abbas menyatakan tiga hari berkabung nasional dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menghantar ucapan belasungkawa dan menawarkan bantuan.


"Bendera akan terbang setengah tiang di semua lembaga," kata Abbas dalam pengumuman yang disiarkan televisyen.

10 Langkah Hindari Bahaya Radiasi Telefon Bimbit



Adanya radiasi handphone yang menyebabkan gangguan kesihatan hingga kini memang masih menjadi perdebatan.
Meskipun masih dalam perdebatannya, sebagai produk elektronik yang memancarkan gelombang, kewujudan handphone perlu tetapan dan tata cara pakai yang memuaskan dan selamat.   

Dr. George Carlo, pesara penyelidik industri handphone dari Amerika menyebutkan setiap tahun terjadi 30 hingga 50 ribu kes gangguan kesihatan akibat handphone.  Dr. Carlo juga mengatakan pada tahun lalu di negaranya terjadi 500 ribu kes gangguan kesihatan akibat handphone. Dalam kaitan tersebut, Taraka Serrano, penulis dan peguam kesihatan memberikan beberapa tips yang sekiranya berguna untuk mengelakkan BAHAYA RADIASI dari HANDPHONE.

1. Hadkan Penggunaan Masa berbualBiasakan untuk menyekat waktu bebicara di handphone, paling tidak persiapkan terlebih dahulu bahan untuk perbincangan. Setelah dua minit anda berbincang di handphone maka aktiviti natural electrical akan mula meningkat ke otak.

2. Terdedah Terhadap Anak-anakAnak-anak tentu mempunyai ketahanan fizikal yang lebih lemah berbanding orang dewasa, termasuk dalam hal radiasi handphone. Untuk itu biasakan Anak anda untuk tidak terlalu sering memanfaatkan handphone untuk aktiviti suara. Tapi Anak-anak perlu juga diberi pemahaman untuk pemanfaatan handphone apabila mengalami kecemasan.

3. Manfaatkan Airtube HeadsetWalau telah menggunakan alat dengar bukan bermakna anda boleh bebas dari kesan radiasi. Salah satu penyelesaian yakni manfaatkan airtube alat dengar.  Jenis alat dengar ini dilengkapi lubang atau rongga pada speakernya.

4. Jangan Masukkan Handphone di poket seluarMaterial bahan di seluar kadang boleh menjadi konduktor yang cepat untuk radiasi, berbanding reaksi ke bahagian kepala. Salah satu kajian mendedahkan kedudukan handphone di poket seluar, terutama dekat lipatan paha boleh berpengaruh pada kualiti sperma hingga turun 30 peratus. Ini boleh menjadi perhatian penting bagi para lelaki.

5. Tunggu beberapa Saat Membuat panggilanApabila anda menggunakan handphone tanpa alat dengar, tunggu beberapa saat sehingga panggilan anda disambung ke rangkaian pembekal, baru kemudian tempelkan telinga ke speaker. Sedikit banyak hal ini boleh mengurangkan kesan radiasi.

6. Jangan Gunakan Handphone di Elevator.Elevator (Lif) telah menjadi standard kemudahan di bangunan-bangunan bertingkat. Elevator pun kini sudah banyak yang dilengkapi penguat isyarat oleh para pembekal. Namun ada pendapat untuk menunda bertelepon di dalam ruang metal tertutup, dalam hal ini adalah elevator dan kenderaan box. Alasannya aktiviti handphone dapat mencetuskan hukum Faraday sehingga boleh memerangkap radiasi yang dipancarkan dan di kuwatirkan akibatnya berbalik kepada pengguna.

7. Penunjuk Kekuatan IsyaratDikala ingin membuat panggilan, sebaiknya perhatikan pula keadaan rangkaian pembekal di skrin handphone. Jika membuat panggilan di saat isyarat lemah atau satu bar maka proses kerja handphone untuk disambung ke rangkaian pembekal bertambah berat. Ini juga membawa kesan pada peringkat radiasi.

8. Gunakan Handphone dengan SAR RendahSetiap handphone yang beredar mempunyai tahap SAR (specific absorption rate) yang berlainan. SAR dalam ertikata sebagai ukuran kadar penyerapan tenaga dari RF (radio frequency) yang dapat masuk ke dalam tubuh. Semakin rendah tahap SAR maka kian bagus handphone yang dimaksudkan. Indikator SAR umumnya sudah disertakan dalam buku manual operasi handphone.

9. EMR ProtectionGunakan peranti baik handphone ataupun lain dengan validasi EMR (Electric & Magnetic Radiation) protection. Salah satu yang mencuat saat ini seperti pemanfaatan bio energy dan Scalar Energy. Radiasi EMR boleh bersifat kumulatif pada tubuh anda, wujud yang paling mudah dilihat yakni biological stress. Jadi sangat penting untuk menggunakan Perlindungan Anti Sinaran.

10. Mengambil TambahanRadiasi dari peranti Microwave di base station boleh mengurangkan kadar anti oxidant di dalam tubuh. Hal ini boleh menjadi ancaman, sebab anti oxidant diperlukan tubuh untuk perlindungan dan membawa pengaruh pada penunjuk stress, jangkitan dan penyakit-penyakit lain. Untuk itu anda perlu mengambil suplemen yang mengandungi elemen Melatonin, Zinc, Gingko Biloba dan Bilberry Extract. Keempat elemen tersebut boleh meningkatkan anti oxidant, melindungi sel otak dan kesihatan mata.

owner KFC datang buat sportcheck...


Hari ni kebetulan,aku ngan member aku ternampak owner TERKUAT KFC!wahh,dasat la dia..mgkn xpercaya lagi kot ngan pekerja dia!!Mungkin pasai kes gaduh kat KFC i-CITY kot(6 feb 2012).hehehe

Friday 17 February 2012


Salam..
Apakah status -status facebook yg agak memualkan yg korang dapat hari nie

"Penatnye keje seorang Engineer"
uweeeks poyo je lebih..nak bgtau dia keje hebat la tue..hadoilaaa

"Hari nie korang makan kt mane""
ni lg sorang hari2 dok update status yg same, Terus aku delete dari list friend aku ha..ha.ha

"Alhamdulilah dah berjaya menghabiskan puasa 6"
Takyahla nak riak-riak nak bgtau korang buat ibadah sume..sia-sia je nanti.
tp check balik tgk gambar kt facebook..rambut still free hair and pakai seksi. wt the heck 


"im horny" 
.. hehe.. status memualkan bila seorang pondan post kat fb.. geli geleman rasanya..

"eee...geramnye" 
fb sorang awek yg agak cun lah
trus dpt 84 komen...dr jantan2..masing2 tanye wat caring kt awek tu...

aku komen,

"wtf?" 
tp awek tu delete komen aku...hahaha...kisah zaman jahil aku dulu hehe..

"erm setakat nk memenuhkan kawan, baik tak payah add aku.. korang sume boleh blah dari friendlist aku.. sekali aku petik sepuluh yg lebih baik datang.."
minah ni bajet superstar gile...!

"skng dah ade org tlg bg duit.login facebook je boleh buat duit dgn mudah..anda pulak mcmane? nak tau? PM saye!" 
Buat duit ngn fb.gilo ke apo..baik aku benti keje duk umoh main fb je dpt duit..pastu duk mempoyokan diri bergambar dgn duit byk2.....hahahahhaahahhaa..aku remove kalau ada mcmni...

~There was a time when I started walking on a street~Alongside the road I met those pretty girls~I tried them but I was rejected~So I move on~And today I still walk on the same passage of the road~In front of me stands some other pretty girls with unseen guardians~As I walk through, I watch them closely~And I can't take my eyes off them~ hahah... cobaan!!! -Diari Seorang Lelaki-
Like · · 17 hours ago

nak habaq kt org dia terer omputih.. 


"Wall aku... Aku punya suka lah nk tulis ape... kowang peduli ape..? hahahhahaha"
Ini status org yg bengang dgn entry aku nie hehe


P.S Kalau korang ada status facebook lain yg memualkan leh komen ye hahaha...anyway aku gurau2 je dlm nie..korang jgn amik seyes plak..y so seyes lor ^_^.peace

Pesaing HEBAT KFC di CHINA

Hehe belum reda lagi kes kfc nie.entry ni di copy dari blog opismate aku sendiri hahahaha..jgn marah bro.. jom tgk2 pesaing2 KFC kt china..daysat betul china nie semua ada hehehe...










tapi kat MALAYSIA pesaing KFC adalah dinegeri MUAR iaitu


boleh LAWAN ker AFC malaysia ni?Tapi sepasangan pelanggan tu macam aku kenal jer..hehehehe




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...