Followers

Tuesday 31 January 2012

kerugian hampir 500ribu disebabkan makcik 50an.

KUALA LUMPUR – Mungkin kerana terlalu panik setelah melanggar sebuah kereta mewah jenis Volvo XC60, seorang wanita kemudiannya merempuh dua buah kereta lagi di belakangnya sebelum bertindak merempuh masuk ke dalam sebuah kedai ‘Superbike’ dan menghentam empat buah motosikal berkuasa tinggi di Bandar Sri Permaisuri di sini.

Dalam kejadian pukul 4.30 petang, pemandu wanita dalam lingkungan usia 50-an itu telah menggerakkan kereta Wira gear automatik miliknya berulang kali ke depan dan ke belakang sebanyak enam kali hingga melanggar semua kenderaan terbabit.

Seorang saksi kejadian, Mohd Nooraimee Othman, 23, berkata, wanita itu pada mulanya mengundurkan keretanya untuk keluar dari kawasan tempat letak kereta di hadapan kedai motosikal berkuasa besar berkenaan dan secara tidak sengaja melanggar Volvo milik adik kepada pemilik kedai ‘Superbike’ berkenaan.



                                                                         



“Mungkin makcik tu panik sangat.. lepas dia langgar volvo kat belakang..dia reverse dan ke depan dan belakang lebih kurang lima kali..kali yang kedua dia reverse (mengundur) itu dia hentam pulak dua buah Myvi yang terletak kat tempat letak kerata kat belakang dia.

“Kali ke enam dia maju ke depan dan terus rempuh masuk dalam kedai..masa melompat masuk kedai tu dia sempat langgar sebuah motosikal Honda VFR 1000..pelanggan punya tu,” katanya bercerita mengenai kejadian yang mencemaskannya itu.

Menurut Mohd Noraimee yang merupakan pekerja kedai Superbike tersebut, wanita itu turut melanggar tiga buah motosikal berkuasa tinggi jenis Suzuki GSX 1000cc, Honda CBR 1000cc dan BMW 1400cc yang berada di dalam kedai berkenaan.
                                                                   
Seorang lagi saksi, Sarah Zamzuri, 30, pekerja RHB Bank yang terletak bersebelahan kedai superbike itu berkata, dia terkejut dengan bunyi dentuman kuat membuatkannya berlari keluar dari pejabat untuk melihat punca bunyi berkenaan.

Sarah berkata, dia bingung sebentar apabila melihatkan kereta yang dipandu oleh wanita terbabit berulang kali bergerak ke depan dan ke belakang dengan laju.

Melihat kejadian itu, Sarah berkata, dia terus berlari mengalihkan kereta Avanza miliknya sebelum sempat dilanggar oleh wanita berkenaan.

“Saya panik tengok mak cik tu laju aje reverse dan pecut ke depan, saya terus lari ke kereta saya untuk alihkan kenderaan saya. Memang Tuhan sahaja yang tahu macam mana saya menggigil berlari ke kereta.

“Waktu saya alihkan kereta saya, wanita itu masih lagi menggerakkan keretanya dengan laju,”terang Sarah.

Adik kepada pemilik kedai Superbike yang enggan dikenali itu mendakwa, abangnya mungkin terpaksa menanggung kerugian mencecah setengah juta ringgit akibat insiden tersebut.

Sementara itu, ketika mendapatkan kenyataan dari suami wanita tersebut, lelaki itu hanya banyak berdiam dan turut terkejut dengan kejadian yang berlaku.

Lelaki berkenaan tidak percaya kemalangan yang berlaku itu berpunca daripada isterinya yang ditinggalkan sekejap sewaktu dia keluar untuk membeli barangan.

Orang ramai yang turut berada di tempat kejadian sempat menjerit ke arah wanita berkenaan supaya menghentikan enjin keretanya supaya dia tidak terus menggerakkan kenderaannya.



Wanita berkenaan juga kelihatan masih bingung.

Saturday 28 January 2012

SehaRiaN MAjLis PerKahWinan DijOhor

Assalammualaikum ..

Korang pernah tak pergi ke kenduri kahwin kat area belah Johor? Keunikan yang paling ketara adalah adat 'Tol". Adat ini biasanya dipraktikkan untuk majlis belah perempuan je.



Cuba korag bayangkan ye kalau lelaki tu datang dari jauh. Katakan dari Perlis lah. Dah la dari mula perjalanan dah memang kerja membudget je. Tetiba, masa hari bersanding, daripada jambatan nak masuk ke rumah perempuan, dah ada dua tiga orang dok tahan ala-ala cam JB Gangster mintak hulur duit baru leh lalu. 


Masa tu kalau tak prepare duit awal-awal memang menangis lah dok tengah panas tuh. Bagi yang dah tahu, senang citer. Awal-awal dah siapkan duit kertas singgit dalam 20 keping.


Kesengsaraan tak berakhir di situ saja. Masa lepas berpencak silat pun kena lagi 'Tol'. Adussss. Melayang la lagi duit. Lagi dekat, lagi besar  pulak duit yang dimintaknya. Dan yang paling 'azab' adalah ketika selangkah lagi nak naik pelamin time mak andam mintak!!perhhh,masa tu klau xda rm50 tak merasa la pengantin tu naik pelamin.silap2 haribulan sipengantin tu dok la bersila atas lantai...



SO,moral of the story...
klau nk tackle awek johor..pastikan muhasabah diri menabung dari saat perkenalan..sikit2 lama2 jadi buikittt.



Tersusun indah gemalai tari,
Buat hiburan raja sehari,
cincin emas disarung dijari
tanda ikatan sudah terpatri 

Sunday 22 January 2012

Entri Pertama : Malique - Cerita Kedai Kopi




(Malique)
Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi
Ditemani teko berasap dan bau wangi
Ditemani cahaya malap dan lagu reggae
Hayati Salam

(Salam)
Masing-masing ada masalah sendiri
Masalah dunia masalah peribadi
Luahkan jangan simpan dalam hati
Boleh cerita di kedai kopi

Chorus
Cerita kedai kopi
Cerita kedai kopi
Tiada hakim tiada saksi
Cerita sensasi di kedai kopi

Ulang Chorus

(Salam)
Ada satu hero Melayu namanya rahsia
Dulu lepak tepi parit kampung
Sekarang lepak media massa

(Malique)
Asal boleh masuk TV dia mesti buat
Awek tengok jambu laki tengok meluat
Citarasa makin besar otak makin ketat
Baru angkat berat sikit baju pun dah sendat
Jalan berkepak dengan awek romantis
Biasalah budak baru nak naik jadi artis
Jalan berkepak dengan awek romantis
Biasalah budak baru nak naik jadi artis
Jakun ke pelakon jamban ke makan malam
Dinner show menyanyi seorang pun tak faham
Tapi datin muda tengok geram dan sangkut
Datuk outstation apa lagi angkut

Ulang Chorus 2X

(Salam)
I'm in the mood for love
Simply because you're near me
Honey but when you're near me
Well I'm in the mood yes
I'm in the mood for love

(Malique)
Terima kasih rahsia diterima
Kalau sunyi lagi boleh main gila
Datin kena taruk rahsia kemaruk
Makan boleh tapi jangan sampai kena lauk
Datuk pergi London lama pucat bila balik
Bini buncit sikit tahu dia tak boleh naik
Datuk pergi London dia pucat bila balik
Bini dan anak percuma dah ada penyakit
Apa kesudahannya apa yang terjadi
Rahsia tinggal rahsia takkan masuk TV lagi
Cerita sensasi dengar di kedai kopi
Setiap individu punya versi sendiri

(Salam)
Masing-masing ada masalah sendiri
Masalah dunia masalah peribadi
Luahkan jangan simpan dalam hati
Boleh cerita di kedai kopi

Ulang Chorus 2X

(Malique)
Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi
Ditemani teko berasap dan bau wangi
Ditemani cahaya malap dan lagu reggae
Hayati rentak keluarga Marley
Hamba di Belanda di tengah ibu kota
Temanku Salam dreadlocks bawah mahkota
Anak perantauan yang punya citarasa Jamaica
Rindu nak dengar cerita kopi Malaysia
Aku cerita dia ketawa
Tak kering gusi jatuh kerusi
Dia pula bercerita tapi bukan tentang dia atau dia
Di Eropah orang bentang idea
Topik-topik intelektual di diskusi
Anjakan paradigma bila kena kopi
Peace love and harmony reggae sampai pagi
Keluar kedai kopi Amsterdam masih steady

Ulang Chorus 2X

(Malique)
Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi
Ditemani teko berasap dan bau wangi
Ditemani cahaya malap dan lagu reggae
Hayati yeah

Sumber : SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...