Followers

Tuesday 14 February 2012

Jom p cuti-cuti di MUAR

11 feb 2012 sabtu :

Hari ni satu family my wife ajak jejalan kat muar/tangkak,plan ni dah lama nak buat sbb 12hb ada kenduri kat tangkak sebelah sepupu mak mentua aku.Perjalanan dari kl-muar adalah dalam lebih kurang hampir 3jam,sebab jalan tak jammed sangat.Dalam kepala otak aku,ingat ke lagi jalan2 sekitar bandar muar,sebab dah 5,6 tahun aku tak pergi sana lagi.dulu adalah selalu,itu pon pasal keje je..So jom ikut saya p muar~~



Korang tahu tak special pasal bandar muar?Bagi orang2 johor tahu la kot,tapi aku tahu la serba sedikit.Dahulu bandar ni dikenali sebagai bandar Maharani,dan sekarang dikenali sebagai bandar Diraja.Perkataan 'muar diambil dari muara. 

Kemungkinan lain ialah ia berasal daripada perkataan hindu iaitu “Muna” dan ‘Ar” yang masing-masing bermaksud Tiga dan Sungai, menggambarkan kewujudan Sungai Muar yang mengalir melalui bandar ini dan juga merupakan sungai terpanjang di Johor.Korang kalau nak p mana2 aper yang terpikir dalam pikiran korang?budaya?bangsa?makanan?.Tapi dalam bab ni,kitaorang terpikir pasal makanan yang best2 dan kiut miuh sangat~~~nak tahu kitaorang makan aper?





Mee bandung muar LoL!! Lokasi kat bus stand henti2.sebab kat muar ada 2 bus stand,satu bus express dan henti2.Yang cintakan alam semula jadi,ianya betul2 tepi sungai muar.Mee bandung muar tak sama macam mee bandung jawa sebab special bandung muar dari segi ramuan dan rempah.Kalau makan terangkat Beb!!Pedas.so,sebelum order kena tanya dulu ngan makcik ambik order tu!Tapi aku ni bukan la suka sangat makan mee ni,aku layan nasi ayam berlada.Best jugak,kat muar je ada!Lepas makan cek in home stay di jalan bakri(ke yong peng).
 

Petang dalam kul 5.30 kuar dari home stay,lepas ni nak p tepi laut.tempat yang kitaorang pergi ni namanyer Tanjung Ketapang,dekat ngan Tanjung Emas.Kat sini banyak orang beriadah ngan family,pastu yang special kat sini plak ada monyet.haaahhaa,jom layazzz.



Lepas lepak kat tepi pantai,lepak plak kat dataran muar tepi muara sungai..
 
Bila petang,angin kat sini kuat boleh main layang2.


layanzzzzzz~~


 Bila malam tiba,apalagi..makan malam la kitaorang cari.Kali ni nak makan ikan bakar yang dah lama saya tak pergi.Tapi masih ada lagi ker?Entahlah,dalam hati tawakal jer la sebab takut ramai orang.Dulu adalah 2,3 gerai tapi....

Tak sangka tempat ni dah di renovate jadi besar!!Best
Bila melangkah masuk,banyak kedai pilihan yang boleh korang rasa best sangat.Tapi bagi aku,bila ramai sangat meja orang duduk,jangan la pergi,sebab mungkin jadi lambatlah nak makan malam.Tak pasal2 hati panas terbakar!!Peringatan;sebelum korang ambik order @ pilih ikan,pastikan tanya harga dahulu,sebab selalu yer kedai macam ni susah sangat nak letak harga,korang tahu2 jer la harga ikan kadang naik turun.Tapi memang berbaloi bila makan kat sini,ikan sumer segar!Bukan ikan bela(kolam)tapi ikan sungai beb!

                                                          
Amacam,terliur tak tengok lauk?


Malam ni menu kitaorang adalah;2mangkuk besar nasi lemak,1Siakap 3rasa,sekilo sotong goreng tepung,sekilo kupang masak sambal,2 ikan pari bakar sambal,sekilo kerang bakar sambal,kailan ikan masin untuk 3org,otak2 sebakul(10pcs),Air sirap limau 2 jug.


Peringatan;
Sebagai manusia tak kira semua bangsa,sebelum makan jangan lupa baca doa dulu.Begitu juga selepas makan!        
                                                                       


korang rasa berapa ringgit kena bayar untuk diner malam ni?cuba kira untuk 8 dewasa 2 kanak2? Harga hanya RM150 sahaja!! Rasa berbaloi tak kalau korang ada family besar macam saya?tempat ni memang paling murahyang pernah saya makan ikan bakar(Tanjung harapan,umbai,bagan lalang,jeram,sekinchan ikan bakar)

Okay la,sampai sini jek la.Borak2 jugak,solat jangan lupa buat..Wajib tu!! 

1 comment:

  1. tak puas le gi johor hari tu .... x dpt mknlaksa johor dan tauhu bakar ....telo pindang pun takde huhuhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...